Sunday, June 8, 2008

ADAB MEMBACA AL QURAN

  • 30/6- Adab Membaca AlQuran; Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk. Mengambil dan mengangkat al-Quran dengan tangan kanan.

  • 1/7- Adab Membaca AlQuran; Membaca al-Quran di tempat yang bersih seperti di rumah, surau, masjid dan sebagainya. Yang paling utama adalah di masjid.

  • 1/7- Adab Membaca Alquran; Menghadap ke kiblat, membacanya dengan khusyuk dan tenang.

  • 2/7- Adab Membaca AlQuran; Membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan dan bau dengan cara bersugi (Memberus gigi).

  • 2/7- Adab Membaca AlQuran; Memulakan bacaan dengan membaca "Ta'uz", kemudian disusuli dengan "Bismillah" serta membaca ummul kitab (Fatihah).

  • 3/7- Adab Membaca AlQuran; Membaca dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-ayat yang dibaca serta cuba memahami maksudnya.

  • Bacaannya hendaklah benar-benar diresapkan ke dalam hati, terutama pada ayat-ayat yang mengambarkan tentang nasib orang-orang yang berdosa serta yang melanggar perintah Allah

  • Membaca dengan suara yang indah lagi merdu.

  • Tidak diselang seli dengan perbualan, bermain-main atau ketawa. Hendaklah diteruskan bacaan sampai ke ayat yang ditentukan barulah disudahi

ADAB BERJANJI

  1. Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.
  2. Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggari janji itu jika anda tiada alasan yang kukuh dan wajar
  3. Jika berjanji dengan anak-anak untuk memberinya sesuatu maka janji itu wajib ditunaikan.Abdullah ibn Amir meriwayatkan suatu masa semasa beliau masih kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu.
    Rasulullah s.a.w yang kebetulan berada disitu terus bertanya,"apa yang kamu niatkan untuk memberi kepadanya?" jawab ibu amir,"sedikit tamar." Sabda Rasulullah saw "sekiranya kamu tidak memberikannya maka dosa berjanji dusta akan dicatatkan untukmu".

ADAB BERCAKAP

24/6 - Rasulullah bersabda; Janganlah bercakap melebihi zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah.


25/6 - ADAB BERCAKAP; Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.


25/6 - ADAB BERCAKAP; Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.


26/6 - ADAB BERCAKAP; Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.


26/6 - ADAB BERCAKAP; Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.


27/6 - ADAB BERCAKAP; Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.


27/6 - ADAB BERCAKAP; Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.


28/6 - ADAB BERCAKAP; Jangan bercakap secara berkumam mulut, orang sukar untuk memahami dan takut tersalah tafsir.


28/6 - ADAB BERCAKAP; Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.


29/6 - ADAB BERCAKAP; Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, sebaik-baiknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.


29/6 - ADAB BERCAKAP; Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.


30/6 - ADAB BERCAKAP; Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


ADAB BERJIRAN

21/6 - Maksud JIRAN adalah bermula dari 40 buah rumah ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan. Jagalah ADAB BERJIRAN sebagai satu tanggungjawab bersama.

21/6 - ADAB BERJIRAN; -Mendahulukan memberi salam bila bertemu -Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya -Menziarahinya apabila ia sakit.

23/6 - ADAB BERJIRAN; -Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian -Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada di dalam kesusahan.

23/6 - ADAB BERJIRAN; -Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan -Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnya.

24/6 - ADAB BERJIRAN; -Memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun dunia -Sentiasa bercakap dengan lemah lembut -Tidak menyinggung perasaannya dengan sesuatu perbuatan.

10 SEBAB DOA TERTOLAK

16/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.

17/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasullah s..a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

17/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu telah membaca AL-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

18/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

18/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

19/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

19/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

20/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

20/6 - Antara punca DOA ditolak; Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.


Wasiat Nabi kepada Sayyidina Ali

14/6 - Wasiat Nabi kpd S.Ali bermaksud, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang, jika tidak kamu mendapat laknat.

15/6 -
Wasiat Nabi; Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


15/6 - Wasiat Nabi; Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

16/6 - Wasiat Nabi; Wahai Ali, perhitungkanlah kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untukmu dan keluarga, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah