Sunday, May 25, 2008

24 JANGAN

27/5 – 24’JANGAN’..1- Jangan sengaja melewatkan solat. Perbuatan melewatkan solat tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
27/5 - 24’JANGAN’..2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

28/5 - 24’JANGAN’..3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan.
28/5 - 24’JANGAN’..4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

29/5 - 24’JANGAN’..5- Jangan tidur selepas solat subuh, akan tertutup pintu rezeki (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
29/5 - 24’JANGAN’..6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

30/5 - 24’JANGAN’..7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan tanpa niat yang baik.

31/5 - 24’JANGAN’..8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
31/5 - 24’JANGAN’..9- Jangan biarkan mata meliar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa dengan pandangan-pandangan maksiat.

1/6 - 24’JANGAN’..10- Jangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
1/6 - 24’JANGAN’..11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

2/6 - 24’JANGAN’..12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
2/6 - 24’JANGAN’..13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim, dan seumpama memakin daging saudara sendiri.

3/6 - 24’JANGAN’..14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
3/6 - 24’JANGAN’..15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

4/6 - 24’JANGAN’..16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. Ketawa berpada-pada sekadar meriangkan hati
4/6 - 24’JANGAN’..17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

5/6 - 1 Jamadil Akhir 1429H. 24’JANGAN’..18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
5/6 - 24’JANGAN’..19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

6/6 - 24’JANGAN’..20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
6/6 - 24’JANGAN’..21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

7/6 - 24’JANGAN’..22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
7/6 - 24’JANGAN’..23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

8/6 - 24’JANGAN’..24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

No comments: