3/7- Esok 1 Rejab. Jika berpuasa,diampun dosa lalu,dipelihara umur & lepas dahaga di hari Qiamat. Malam awal Rejab adalah makbul doanya.
Tips Rejab
4/7- 1. Hari ini 1 Rejab 1429. Begitu besar fadhilatnya bagi orang yang berpuasa pada hari khamis pertama Rejab dan solat pada malam jumaat pertama Rejab.
4/7- Membalas kebaikan dgn kebaikan - BIASA, Membalas kejahatan dgn kejahatan - RENDAH BUDI, Membalas kebaikan dgn kejahatan - TIDAK BERBUDI, Membalas kejahatan dgn kebaikan - BERBUDI TINGGI.
5/7- 2. Puasa sehari di bulan Rejab,mendapat Syurga yang tertinggi.Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
5/7- Puasa 3 hari di bulan Rejab, akan dijadikan parit yang panjang yang akan menghalangnya ke neraka.
6/7- Orang yang lemah berpuasa di bulan Rejab, sebagai ganti, bersedekahlah setiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti , akan dijauhkan Allah dari api neraka.
6/7- Puasa 4 hari di bulan Rejab, akan diafiatkan dari bala dan penyakit serius, juga dari fitnah dajal di hari Qiamat. Puasa 5 hari di bulan Rejab akan aman dari azab kubur.
7/7- Puasa 6 hari di bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya. Puasa 7 hari di bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.Puasa 8 hari di bulan Rejab, dibuka baginya 8 pintu syurga.
7/7- Rasulullah berdoa apabila tibanya bulan Rejab “Ya Allah, berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan".
8/7- Rasulullah bersabda “Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku”.
8/7- Rejab Bulan Allah, akan diampunkan Allah dosa orang yang meminta ampun & bertaubat kepadaNya.
9/7 - Sabda Nabi ‘Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat’.
9/7- Puasa 9 hari di bulan Rejab, dan keluar dari kuburnya lalu menyeru LA ILAHA ILLALLAH, tidak ditolak dia dari masuk ke syurga.
10/7 - Puasa 10 hari di bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim bagi setiap 1 batu perjalanan.
10/7- Puasa 13 hari di bulan Rejab, seperti puasa 3000 tahun, puasa 14 hari seperti puasa 10 000 tahun, puasa 15 hari seperti puasa 100 000 tahun.
11/7- Puasa 16 hari di bulan Rejab, akan dapat melihat wajah Allah di syurga, & orang pertama menziarahi Allah di syurga.
11/7- Puasa 19 hari di bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim & Nabi Adam.
12/7- Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan adalah seperti kelebihan Al-Quran ke atas segala Qalam.
12/7- Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
13/7- Tiap sehari puasanya dan sedekahnya di bulan Rejab,seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.Dibina seribu mahligai,seribu bilik dan seribu bidadari,lebih cantik daripada matahari seribu kali
13/7- Allah jadikan dibelakang bukit Jabalqaf,bumi yang putih dan penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun di setiap malam Rejab meminta keampunan kepada umat Muhamad,dan Allah mengampunkan mereka
14/7- Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi & petang 70 kali atau 100 kali di bulan Rejab, diharamkan tubuhnya dari api neraka
14/7- Siapa melapangkan kekeruhan dan kesusahan orang Mukmin di bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di syurga Firdaus.
15/7- Rejab bulan menabur benih. Syaaban bulan menyiram tanaman. Ramadan bulan menuai hasil.
15/7- Rejab bulan menyucikan badan. Syaaban bulan menyucikan hati. Ramadan bulan menyucikan roh.
16/7- Janganlah di antara kamu mengadili 2 orang (yang sedang bergaduh) sedangkan pada waktu itu kamu sedang marah - Maksud Hadis
16/7- Sesungguhnya yang termasuk boros itu ialah kalau engkau makan apa saja yang engkau inginkan. - Al-Hadis
17/7 - Berdoalah kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa doamu itu akan dikabulkan. Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang hampa dan tidak bersungguh-sungguh. -Maksud Hadis.
17/7- Esok 15 Rejab 1429 (Nisfu Syaaban) .Puasa pada awal Rejab, pertengahan Rejab dan akhir Rejab, seperti puasa sebulan pahalanya.
18/7-
18
19/7- Petua Imam Syafie; 4 perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas.
20/7- Petua Imam Syafie; 4 perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam.
21/7- Petua Imam Syafie; 4 perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih.
21/7- Petua Imam Syafie; 4 perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat.
22/7- Petua Imam Syafie; 4 perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama.
22/7- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
23/7- Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. (Aristotle)
23/7- Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam. ( Budiman )
24/7- Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).
24/7-Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
25/7- Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
25/7- Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka).
26/7- Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
26/7- Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
27/7- Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
27/7 - Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).
28/7- Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka)
28/7- Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).
29/7- Esok 27 Rejab dengan kebesaran Israk & Mikraj. Jika berpuasa , seperti berpuasa 60 bulan. Jika disertai dengan sedekah, seperti berpuasa 1000 tahun.
29/7 - Rejab bulan maghfirah (keampunan). Syaaban bulan syafaat. Ramadan bulan menggandakan kebajikan
30/7- Beramallah bersungguh-sungguh pada 27 Rejab dengan berpuasa,bersolat sunat,bersedekah, berzikir,bertasbih,beristighfar,berselawat & membaca Al-Quran,serta berdoalah memohon ampun & bertaubat
31/7 -Rejab diganda 70 pahala. Syaaban diganda 700 pahala. Ramadhan diganda 1000 pahala
31/7- Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
1/8 - Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).
1/8- Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin. Yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama).
2/8- Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
2/8-Esok 1 Syaaban.Sabda Nabi “Apabila masuk bulan Syaaban,baikkanlah niatmu kepadaNya,kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu”
Wednesday, July 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment