Sunday, December 28, 2008

ON TAZ - Muharram1430/Jan2009

29/12 - Hari ini 1 MUHARRAM 1430. Bulan Muharram adalah Bulan Allah. Bulan yang lebih mulia di sisi Allah selepas bulan Ramadhan adalah bulan Muharram.

10 MUHARRAM adalah hari; Allah menjadikan 'Arasy, Allah menjadikan Luh Mahfuz, Allah menjadikan alam, dan Allah menjadikan Malaikat Jibril.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa melapangkan masa/membelanjakan anak isterinya, Allah akan MELAPANGKAN HIDUPNYA pada tahun ini.



30/12 - 10 MUHARRAM adalah hari Nabi Adam bertaubat kepada Allah, dan hari Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit

FADHILAT 10MUHARRAM; Sesiapa memuliakan fakir miskin, Allah akan MELAPANGKANNYA di dalam kubur nanti.



31/12 - 10 MUHARRAM adalah hari Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

10 MUHARRAM; Sesiapa yang menahan perasaan marahnya, di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam GOLONGAN YANG DIREDHAI.

FADHILAT 10MUHARRAM; Sesiapa menunjukkan arah kepada orang sesat, Allah akan memenuhkan CAHAYA IMAN di dalam hatinya.



1/1 - 10 MUHARRAM adalah hari Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud, dan hari Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa mengusap kepala anak yatim, Allah akan mengurniakan SEPOHON POKOK DI SYURGA bagi setiap helai rambut yang diusapnya.

FADHILAT 10 MUHARRAM;Sesiapa memelihara kehormatannya, Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi CAHAYA KEIMANAN.



2/1 - 10 MUHARRAM adalah hari Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara, dan hari di mana penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa bersedekah, diberikan Allah pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa berniat mandi sunat 10 Muharram kerana Allah, tidak akan sakit berat pada tahun ini.

3/1 - 10 MUHARRAM adalah hari Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya, dan hari kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas 1000X, Allah akan memandanginya dengan PANDANGAN RAHMAT di akhirat nanti.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa yang bercelak pada hari ini, tidak akan sakit mata pada sepanjang tahun ini.

4/1 - 10 MUHARRAM adalah hari Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa solat sunat empat rakaat, Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Caranya..

Solat Sunat Asyura; 4 rakaat dengan 2 salam. Pada rakaat pertama, kedua, ketiga dan keempat selepas Fatihah dibaca Surah Al-Ikhlas 11X (semampunya).


5/1 - 10 MUHARRAM adalah hari Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa puasa sunat, diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali Umrah dan seribu kali Syahid dan diharamkannya daripada neraka.

TERTIB PUASA; Berpuasalah pada 9, 10 & 11 Muharram, atau 9 & 10 , atau 10 & 11 kerana berpuasa 10 Muharram sahaja adalah menyerupai puasa BANI ISRAEL.

6/1 - 10 MUHARRAM adalah hari Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar dan hari Nabi Isa diangkat ke langit.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa membaca "has biallahhu wa nikmal wakeel, nikmal maula wa nikmannaseer", tidak mati pada tahun ini.

7/1 - Hari ini 10 MUHARRAM 1429. 10 Muharram adalah hari pertama Allah; menciptakan alam, menurunkan rahmat, dan menurunkan hujan.

FADHILAT 10 MUHARRAM; Sesiapa menjamu orang berbuka puasa, diberi pahala seperti menjamu sekalian orang Islam berbuka puasa.

8/1- Sesiapa yang BERPUASA SEHARI DI BULAN MUHARAM, fadhilatnya seumpama berpuasa 30 tahun.

BERPUASA TIGA HARI DI BULAN MUHARAM (Khamis, Jumaat dan Sabtu), Allah tulis padanya pahala seperti beribadat 2 tahun.

15/1 - "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

16/1 - "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

16/1 - "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

17/1 - "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

19/1 - "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

19/1 - "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

20/1 - "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

21/1 - "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

22/1 - "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

23/1 - "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.



28/1 - "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

29/1 - "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

30/1 - "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

31/1 - "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

adil kepada mereka yang mengamalkannya.

No comments: