Friday, September 19, 2008

STORE:RESEPI

KEK LAPIS BATIK SUTERA

bahan2
250 gm gula halus450 gm butter (gunakan pure butter baru sedap)220 gm tepung hongkong100 gm horlick (perisa asli)satu tin kecil sri Kaya (seelok2nya yeo's)250 gm susu pekat manis1 tbsp ovellete1 tsp esen vanila10 biji telur (gred B) – gred C 12 biji

cara

1. Telur + gula + ovellete - dipukul sampai gebu (dipegang x jatuh), masukkan sedikit air sejuk lebih kurang 50 g2. masukkan sri kaya, horlick dan tepung hongkong.3. butter dan susu dipukul di bekas yang berlainan (jgn terlalu lama takut butter terlalu lembut ia akan pengaruh struktur kek)4. campurkan adunan butter ke dalam adunan tepung, masukkan esen vanila5. bahagikan adunan kepada 3 bahagian (4 senduk dibubuh warna merah, 4 senduk warna hijau dan selebihnya plain)6. bakar warna plain dalam 4 lapis (makna 4 kali) barulah bubuh warna merah hiaju selang seli) ulang sampai habis. kemudian bubuh warna plain lagi sampai habis (guna api 200 darjah C (api atas/bawah untuk 4 lapisan pertama, kemudian api atas)7. apabila semua dah masak, kurangkan api kpd 190 darjah C, guna api bawah dan buka sedikit pintu oven bakar lagi dalam 5-10 minit untuk mengering dan menggebukan kek.selamat mencuba. sekali buat tak jadi jangan putus asa. kek lapis sarawak perlukan kesabaran untuk membuatnya. tapi kelazatannya tidak terhingga.

Kek Lapis Masam Manis(sumber rohana68)

Bahan-Bahan

10 biji telur1 tin susu manis16 oz mentega golden churn12 bungkus haw flakes2 sudu teh vanila2 gelas gula300g biskut marie [ditumbuk]1 sudu teh baking powder

Cara

Pukul putih telur dan gula sehingga kembangCampurkan kuning telur,butter dan susu. Gaul sehingga rata.Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.Kukuslah selapis-selapis dan setiap 1 warna selang selikan dengan haw flakes.Nota dari rohana68 :Resepi ni agak manis jadi bolehlah dikurangkan sikit gula.Mixer digunakan hanya untuk pukul putih telur dan gula saja yang lain tu gunakan senduk kayu.

Kek Lapis Masam Manis(Versi Mak Lang)

Bahan-Bahan 1 cwn mentega1 cwn gula halus2 sb susu pekat4 biji telur1 cwn tepung gandum } ayak sekali dgn b/powder1 st baking powder }1 1/2 cwn serbuk biskut marie2 paket asam hawflakesesen vanillapewarna ikut sukaCaraPukul mentega dgn gula hingga kembang.Masukkan telur satu-persatu dan esen vanilla.Masukkan tepung dan biskut marie lalu digaul rata.Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda.Sapu loyang dengan minyak atau alas dgn kertas.Masak (kukus) adunan selapis selapis berselang-seli & bubuhkan hawflakes.Setiap satu lapisan memerlukan kira-kira 4-5 min utk masak.

Kek Coklat Moist
(Cube yang ni dulu - telur sikit, then gune susu)
Bahan-bahanya
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 ct baking powder
1 /2 ct soda bikarbonat
1ct garam
semua bahan di atas mesti di ayak terlebih dahulu.
2 cawan gula (klu tak nak manis boleh guna 1 3/4 cawan gula je)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1 cawan susu segar
mula-mula asingkan putih dan kuning telur, putar putih telur hingga kembang baru masukkan gula, kemudian masukkan kuning telur, susu segar dan minyak, akhir sekali baru masukkan tepung yang telah diayak tadi bakar pada suhu 180` darjah selama 60 minit atau kukus selama 1 setengah jam. hias ikut selera

Kek Coklat 'Moist' Sedap
Bahan-bahan KEK Bahan A21/2 cwn tepung gandum1 cwn serbuk koko11/2 tsp soda bikabonatBahan B4 biji telur2 biji kuning telur11/2 cwn airBahan C11/4 butter2 cwn gula halusTOPPING250g coklat masak135ml whipping cream10g butterCara-cara Ayak kesemua bahan A dan gaulkan hingga sebati.Campurkan kesemua bahan B dan kacau hingga sebati.Pukul bahan C sehingga kembangMasukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.Sementara tunggu kek sejuk, buatlah toppingnya pulak.Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'.Masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.Masukkan butter dan kacau hingga sebatilah.Biarkan sejuk sblm diratakan ke atas kek.


Kek coklat moist
Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )2 cawan tepung gandum2 sudu kecil baking powder2 cawan gula halus4 biji telur gred A250 gm buttercup2 sudu kecil esen vanilla1 cawan serbuk koko1/2 cawan gula halus1 cawan air panas1/2 cawan susu cairCara-caraMasukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata, Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

AYAM PANDAN THAI
Bahan A
5 keping isi ayam (tanpa kulit) - di potong dadu dlm 1-1/2 inci besar
Daun Pandan secukupnya - pilih yg lebar-lebar
bersihkan ayam tos airnya
bersihkan daun pandan dan di lap hingga kering
Bahan B
1 batang serai
3 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
sedikit kunyit
1 sdm sos ikan
1 sdt sos soya (dark soya sauce)
1 sdt gula
1 sdt serbuk lada putih - lebihkan kalau mahu lebih pedas
sedikit garam (+ gula, ketumbar, jintan manis, jintan putih)

Cara-cara membuat
Masukkan semua bahan2 B dlm blender dan di blend hingga halus.
Gaulkan isi ayam dgn Bahan2 kisar tadi dan perap selama sekurang2nya 1 jam
isikan ayam dlm daun pandan dan ikat secara baik.
Semasa mahu menghidang.. panaskan minyak dan goreng ayam dlm daun pandan tadi selama 5 minit.. toskan minyak dan hidangkan.
Nota:Ayam pandan ni boleh di buat dan di simpan dlm freezer dan goreng bila2 masa di perlukan...


Rendang Daging
Bahan-Bahan:300 gm daging lembu
1 biji kelapa (1 ½ mangkuk santan
)½ biji kelapa (buat kerisik)
2 batang serai (dititik)
Sedikit lengkuas (dititik)- lengkuas sikit je, taknak pahit
2 helai daun kunyit
1 lembar daun limau purut – sikit je, takut pahit jugak
Garam, gula
serbuk perasa secukupnya
Digiling Hingga Lumat:
10 tangki cili kering
15 ulas bawang merah5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada sulah
3 biji buah kerasCara:Daging dibersihkan dipotong lebar-lebar.Kemudian dibasuh & toskan airnya. Masukkan semua rempah yang sudah digiling bersama 1 mangkuk santan didalam kuali.aSetelah itu masukkan lengkuas, serai, daun kunyit & daun limau purut ke dalamnya. Bila mendidih masukkan daging, garam, serbuk perasa & baki santan. Bila mendidih sekali lagi kerisik & masaklah hingga kering & daging cukup empuk sambil dikacau
Posted by AzMobile 33112 at 10:09 AM 0 comments


AYAM BAKAR MADU

Bahan-bahannya 4 ekor ayam spring chickenBahan untuk dikisar 2 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar serbuk ketumbar 1 ½ sudu teh serbuk jintan halus 2 batang serai 1 inci halia 1 inci kunyit hidup ¼ inci lengkuas 2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas) 1 biji bawang besar 2 sudu besar air limau kasturi3 sudu besar gula pasir 3 sudu besar gula timbang 3 sudu besar madu garam secukup rasa serbuk perasa jika suka

Cara-caranya Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam. Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.


SOTONG GORENG TEPUNG (RANGUP)
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah
Cara-cara
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


TEMPURA
3/4 cup tepung gandum 1/4 cup tepung jagung 1 teaspoon baking powder 1/2 teaspoon salt 1/4 teaspoon pepper ( tak letak pun takpe)1/4 cup air 1 biji telur yg telah dipukulcaranya masukkan semua bahan dlm mangkuk adunan kecuali air dan telur, kemudian baru masukkan air dan telur next kacau hingga tidak berketul, then boleh lah celupkan sayur kegemaran anda ye. seperti labu, cendawan, udang, terung dan lain-lain lah.ikut citarasa sendiri. goreng hingga kekuningan, .


AYAM GORENG RANGGUP

Bahan-bahannya 1 kilo kepak ayam, dibersihkan dan toskan 2 sudu makan pes halia 2 sudu makan pes bawang putih 2 sudu makan serbuk ketumbar 1/2 sudu makan serbuk jintan halus kunyit serbuk secukupnya garam secukup rasa Tepung beras secukupnya
1. Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan perap ayam selama 15 minit – 30 minit. 2. Kemudian salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan dan garing. Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas
tips utk menjadi ayam goreng lebih rangup, lepas perap ayam tu golekkan ngan tepung beras dan kemudian celup dlm telur yg telah dipukul dan golekkan lagi sekali atas tepung beras tu utk menjadikan coating pada ayam lebih tebal. hasilnya nya ayam akan lebih sedap dan rangup


Pancake
Bahan-Bahannya
100 gram tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
125ml susu segar
1 sudu makan butter yang telah dicairkan dan disejukkan sebentar ( tadi guna marjerin je)
Caranya-
satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi. Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. Dah ade resepi pancake ni takyah lah beli tepung ready make tu, leh je buat sendiri, klu nak buat


Cheese Cake Bersos Coklat
6 keping biskut (ape-ape biskut je) klu ade biskut marie lagi baguslah+ 1s/b marjerin yg telah dicarikan. (utk dasar cake)
125 gram cream cheese ( setengah buku cream cheese)
1 s/b lemon juice
100 ml whipping cream
30 gram tepung gandum
2 s/b gula
1 s/b marjerin/butter
1 biji telur
caranya, patah-patahkan biskut dan blender hingga hancur, kemudian masukkan marjerin/butter yang telah dicairkan dan gaul, kemudian tekan dlm acuan kek, biskut ni sebagai base pada cheese cake nnt, tekan supaya permukaan biskut rata dan simpan dlm peti ais dlm 1 jam or 2 jam. langkah seterusnya masukkan telur, gula, whipping cream dan merjerin dlm blender dan putar hingga kembang, kemudian masukkan cream cheese, tepung, jus lemon dan putar lagi. curahkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit. ok dah siap. sejukkan kek sebelum dimakan. klu nak lagi sedap biar dlm peti ais semalam baru makan. hias cheese cake ikut selera sendiri, atau hanya letakkan coklat cair hesley atas permukaan cheese cake tadi...simple dan sedap....slmt mencuba..


PUDING KARAMEL
Bahan-bahannya
2 s/b gula+ s/b air sebagai keramel (gula hangus)-masak dlm periuk hingga perang
2 biji telur ayam
200 ml susu segar
2 s/b gula
sedikit esen vanila
ok mula-mula buat gula hangus tu dan curah dlm acuan bulat, biarkan sejuk seketika, pukul telur ayam dan masukkan susu segar dan gula, kacau hingga sebati dan tapis, curah adunan di dalam acuan bulat tadi dan bakar pada suhu 160 darjah selama 15 minit, bila agak sejuk keluarkan dari acuan dan sejukkan dlm peti ais. siap utk dimakan...slm mencuba..: )


Cream Puff
Pastry 250ml air 125g butter 150g tepung - diayak ¼ st garam 1 st gula 4 biji telur 1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan. 2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan. Custard 500ml susu segar 100g gula 80g tepung custard Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat

BBQed SWEET POTATOES Recipes HomeShow:Licence To Grill Chef:Robert Rainford Category:Side dish Ease of Cooking:Easy Yields:6-8 servings
Print Recipe
Email Recipe

Ingredients:1 pound of sweet potatoes  (500grams) 1/3 cup of brown sugar  (75ml)¾ teaspoon of thyme and lemon salt 50-50 portions  (3.75ml)2 tablespoons of chopped butter  (30ml)1/3 cup of orange juice  (75ml) Method:Preheat barbecue to medium heat Peel the sweet potatoes and cut into thick slices. Arrange the slices in layers in a shallow greased baking pan. Sprinkle brown sugar and mixed spices over potatoes and dot with butter. Pour orange juices over top and cover with foil. Place on grill, replace the lid and cook for 15 minutes. After 15 minutes remove foil and test with knife: cook for additional minutes if needed. Add more orange juice if potatoes begin to dry out. Once potatoes are cooked through, serve and enjoy!

No comments: