Sunday, September 21, 2008

SYAWAL/ZULQAEDAH (Oct/Nov)

1/10 - Nabi s.a.w. bersabda :"Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan)."


3/10 - Sesiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa 6 di bulan Syawal, seperti berpuasa seumur hidup.

4/10 - Puasa 6 di bulan Syawal; Hari Pertama-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

4/10 - Puasa 6 di bulan Syawal; Hari Kedua-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s., keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

5/10 - Puasa 6 di bulan Syawal; Hari Ketiga-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s. Sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.

5/10 - Puasa 6 di bulan Syawal; Hari Keempat-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

6/10 - Puasa 6 di bulan Syawal; Hari Kelima-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Isa a.s. Menyamai berpuasa sepanjang tahun.

7/10 - Hari Keenam-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w. Jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

8/10 - Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda : 1. Asap 2· Dajjal 3· Binatang melata di bumi 4· Terbitnya matahari sebelah barat..

..5· Turunnya Nabi Isa A.S 6· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj 7· Gerhana di timur 8· Gerhana di barat 9· Gerhana di jazirah Arab 10· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

9/10 - Makruh dalam Solat - Menengadahkan pandangan ke atas iaitu dengan mengangkat penglihatan ke langit ketika solat.

11/10 - Makruh dalam Solat - Meletakkan tangan di pinggang. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah SAW meletakkan tangan di pinggang ketika solat. (Muttafaq alaih).

12/10 - Makruh dalam Solat - Menoleh atau melirik, terkecuali apabila diperlukan. Berdasarkan sabda Nabi saw, "Itu adalah pencurian yang dilakukan syaitan dari shalat seorang hamba."

13/10 - Makruh dalam Solat - Melakukan pekerjaan yang sia-sia, serta segala yang membuat orang lalai dalam salatnya atau menghilangkan kekhusyu'an solatnya.

14/10 - Makruh dalam Solat - Menaikkan rambut yang terurai atau melipatkan lengan baju yang terulur.

14/10 - Makruh dalam Solat - Menyapu kerikil yang ada di tempat sujud (dengan tangan) dan meratakan tanah lebih dari sekali.


15/10 - Makruh dalam Solat - Mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dan menutup mulut (tanpa alasan).

15/10 - Makruh dalam Solat - Solat di hadapan makanan. Sabda Rasul, "Tidak sempurna solat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan." (HR. Muslim).

16/10 - Makruh dalam Solat - Solat sambil menahan buang air kecil atau besar, dan sebagainya yang mengganggu ketenangan hati.

16/10 - Makruh dalam Solat - Solat ketika sudah terlalu mengantuk.

17/10 - Persoalan dalam kehidupan Muslim; KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? Jawapan..

17/10 - "Mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, & mungkin kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Al-Baqarah,216


18/10 - Persoalan dalam kehidupan Muslim; KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? Jawapan..

18/10 - "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Al-Baqarah,286

19/10 - Persoalan dalam kehidupan Muslim; KENAPA AKU LEMAH SEMANGAT MENJALANI KEHIDUPAN? jawapan..

19/10 - "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."-Al-Imran,139

20/10 - Persoalan dalam kehidupan Muslim; APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA UJIAN INI? Jawapan..

20/10 - "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri (&) harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka" -At-Taubah,111

21/10 - Persoalan dalam kehidupan Muslim; KEPADA SIAPA AKU BERHARAP & MEMINTA PERTOLONGAN? Jawapan..

21/10 - "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -At-Taubah,129

22/10 - Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; 'Aku mahu menjadi orang yang alim' -Jawab Rasul; 'Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim'.

23/10 - Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; 'Aku mahu menjadi orang paling kaya' -Jawab rasul; 'Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya'.

24/10 - Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; 'Aku mahu menjadi orang yang adil' -Jawab Rasul; 'Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia'.

25/10- Soalan seorang arab Desa kpd Rasul SAW; 'Aku mahu menjadi orang yang paling baik'...

..Baginda S. A. W menjawab: 'Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia'.

26/10 - Soalan seorang arab desa kepada Rasul SAW: Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah...

...Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

27/10 - Soalan seorang arab desa kepada Rasul SAW: Aku mahu disempurnakan imanku...

...Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

28/10 - Soalan seorang arab desa kepada Rasul SAW: Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)...

..Jawab Rasul: Beribadatlah kpd Allah seolah2 engkau melihatNya & jika engkau tdk merasa begitu sekurang2nya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dgn cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.

29/10 - Soalan seorang arab desa kepada Rasul SAW: Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat...

...Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

30/10 - (1 Zulqaedah 1429) Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa..

Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

31/10 - Soalan seorang arab desa kepada Rasul SAW: Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya...

...Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

1/11 Soalan seorang arab desa kepada Rasul SAW: Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat...

...Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat...

2/11 - Soalan seorang arab desa kepada Rasul SAW: Aku mahu dihapuskan segala dosaku...

...Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (dikurangkan ) segala dosamu.


Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

4/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia..

..Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

5/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah..

..Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

6/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya..

..Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.

7/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat..

..Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya..

8/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; Aku mahu diterima segala permohonanku..

..Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

9/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat..

..Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

10/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; Siapa yang terselamat daripada dosa?..

..Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

11/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW; Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah? Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ).

12/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah? Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

13/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat..

..Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang.

14/11 Soalan seorang arab desa kpd Rasul SAW: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat? Baginda S. A. W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah .


No comments: