Sunday, August 17, 2008

18/8 - 31/8

18/8 - Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

18/8 - Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka. Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).

19/8 - Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

19/8 - Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

20/8 - Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. (maksud hadis).

21/8 - Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).

21/8 – Berilah pertolongan kepada saudaramu ketika dia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.

22/8 - Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

22/8 - Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang saling membersihkan (mencuci) antara satu sama lain.

23/8 - Bersedekah kepada orang miskin bererti 1 sedekah, dan sedekah kepada kaum kerabat bererti 2 sedekah, iaitu bersedekah dan mengotakan hubungan persaudaraan.

23/8 - Diantara perkara yang perlu terhadap saudara; memberi salam terlebih dahulu, memanggilnya dengan nama yang digemarinya dan melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

24/8 - Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari.

24/8 – Keindahan di dalam sesuatu kelakuan dan bahasa ialah ‘keserderhaan’.

25/8 - Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain, tidak mendapat rahmat daripada Allah.

25/8 - Seseorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.

26/8 - Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga hari esok.

26/8 - Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.

27/8 - Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak menggunakannya, ia akan memancung kamu.

27/8 - Masa itu umpama air sungai yang pasang surut, tiada siapa yang dapat menahannya.

28/8 - Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu. (maksud hadis)

28/8 - Jauhilah 7 kebinasaan iaitu syirik, sihir, bunuh diri, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.

29/8 - Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal, bersikap dermawan sangat dianjurkan, tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.

29/8 - Kekayaan harta benda, pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa dan tabiat yang tidak jujur.

30/8 - Orang yang berhemat mengatur hartanya. Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.

30/8 - Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.

31/8 - Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

31/8 - Esok 1 Ramadhan. Berterawih malam 1; keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

No comments: