Sunday, August 31, 2008

RAMADHAN

1. 5 kelebihan umat Nabi Muhammad di bulan Ramadhan; 1)Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada harum kasturi di sisi Allah.

Berterawih malam 2; Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu dan bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

2. 5 kelebihan umat Nabi Muhammad di bulan Ramadhan; 2)Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

Berterawih malam 3; Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus, semoga Allah mengampunkan dosa.

3. 5 kelebihan umat Nabi Muhammad di bulan Ramadhan; 3)Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

Berterawih malam 4; Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-oarang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

4. 5 kelebihan umat Nabi Muhammad di bulan Ramadhan; 4)Digandakan amalan yang dilakukan kepada 10 hingga 700 kali ganda.

Berterawih malam 5; Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

5. 5 kelebihan umat Nabi Muhammad di bulan Ramadhan; 5)Dikurniakan nikmat kepada mereka iaitu keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Allah di akhirat .

Berterawih malam 6; Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat yang tawaf di Baitul Ma`mur (70 ribu Malaikat), serta batu-batu dan tanah mendoakan keampunan Allah kepadanya.

6. Berpuasa sehari fi sabilillah, Allah jauhkan dirinya dari neraka 70 tahun. Bertasbih ‘Subhanallahil a`dzimi wabihamdih’, Allah tanam untuknya sepohon tamar di syurga.

Berterawih malam 7; Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa menentang musuh ketatnya Fir`aun dan Hamman.

7. Sesiapa yang menunaikan umrah di bulan Ramadhan, menyamai pahala haji yang dilakukan bersama-sama dengan Rasulullah saw.

Berterawih malam 8; Allah mengurniakan pahala orang emsbahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim `Alaihissalam.

8. Sesiapa menjamu orang yang berpuasa, mendapat pahala seperti orang yang berpuasa dan tidak dikurangi sedikit pun daripada pahalanya.

Berterawih malam 9; Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

9. Bersedekah di bulan Ramadhan dapat menutup kesalahan puasanya, diampunkan dosa, berlipat ganda pahalanya, dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan azab neraka dan didekatkan syurga.

Berterawih malam 10; Allah Subhanahuwata`ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

10. Sesiapa yang hadir ke majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis setiap langkahnya seperti ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersama Nabi Muhammad di bawah `Arasy.

Berterawih malam 11; Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

11. Sesiapa yang kekal berjemaah dalam bulan Ramadhan, didirikan kota yang bercahaya baginya, da yang berbakti kepada ibubapanya, allah memandang rahmat kepadanya.

Berterawih malam 12; Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

12. Kepada isteri yang berbuat sesuatu untuk mencari keredhaan suaminya di bulan Rammadhan, Allah kurniakan pahala kepadanya seperti pahala Siti Mariam.

Berterawih malam 13; Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

13. Sesiapa yang menyampaikan hajat orang Mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya. Sesiapa bersedekah kepada fakir miskin, setiap langkahnya dikurnia seribu kebajikan, dihapus seribu kejahatan dan diangkat 1000 darjat.

Berterawih malam 14; Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

14. Sabda Nabi SAW, “Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadhan atas segala hari seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan”.

Berterawih malam 15; Semua Malaikat yang menanngung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

15. Sabda nabi SAW, “Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan”.

Berterawih malam 16; Allah Subhanahuwata`ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

16. Bertasbih 100 kali sehari, Allah ampunkan dosa-dosanya walaupun banyak seperti buih.Berselawat sekali ke atas Nabi Muhammad saw, Allah selawat untuknya 10 kali.

Berterawih malam 17; Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada mala mini sebanyak pahala nabi-nabi.

17. Sesiapa berzikir “La haula wala quwwata illa billahil `aliyyil adzim”, dia mendapat salah satu dari khazanah syurga.

Berterawih malam 18; Seru Malaikat “Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

18. Sesiapa yang berwudhuk kemudian solat sunat 2 rakaat dengan sempurna, Allah ampunkan dosanya yang telah lalu.

Berterawih malam 19; Allah Subhanahuwata`ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

19. Sesiapa yang menunaikan solat sunat Bardain (Subuh dan Asar), pasti masuk syurga. Sesiapa yang menunaikan solat sunat 12 rakaat setiap hari,Allah binakan mahligai di syurga untuknya.

Berterawih malam 20; Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

20. Sesiapa yang melawat jenazah dan mengiringinya hingga ke liang lahad, Allah kurniakan kepadanya 2 gunung pahala.

Berterawih malam 21;Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada ‘Nur’

21. Sesiapa yang membaca 1 huruf al-Quran, Allah kurniakan kepadanya 1 kebajikan yang menyamai 10 kali ganda.

Berterawih malam 22; Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidak huru hara di Padang Mahsyar).

22. Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim, berguguranlah dosa-dosanya dari jari-jemarinya.

Berterawih malam 23; Allah Subhanahuwata`ala binakannkepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada ‘Nur’.

23. Sesiapa yang menyembunyikan keaiban seorang Islam, Allah sembunyikan keaibannya dunia dan akhirat.

Berterawih malam 24; Allah Subhanahuwata`ala buka peluang 24 doa yang mustajab bagi oaring yang berterawih pada mala mini (elok berdoa kektika sujud).

24. Sesiapa yang membantu orang susah, Allah akan lepaskan dia dari kesusahan di hari Qiamat.

Berterawih malam 25; Allah Subhanahuwata`ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

25. Sesiapa yang membaca ayat kursi sebelum tidur, Allah akan sentiasa memeliharanya hingga pagi.

Berterawih malam 26; Allah Subhanahuwata`ala kurnuakan kepadanya pahala seumpama 40 tahun ibadat.

26. Selepas berwudhuk membaca ‘Asyhadu alla ilaha illallah, Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah’, Allah bukakan kelapan-lapan pintu syurga untuk dipilih olehnya.

Berterawih malam 27; Allah Subhanahuwata`ala kurniakan kepadanya ketangkasan melintas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.

27. Membaca surah al-Ikhlas sekali, seperti membaca sepertiga al-Quran. Membaca surah an-Ikhlas 10 kali, Allah membina untuknya sebuah mahligai di syurga.


Berterawih malam 28; Allah Subhanahuwata`ala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

28. Solat subuh berjemaah, duduk berzikir hingga matahari terbit kemudian solat sunat 2 rakaat,seperti menunaikan haji dan umrah dengan sempurna.

Berterawih malam 29; Allah Subhanahuwata`ala kurniakan jkepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

29. Berterawih malam 30; Allah Subhanahuwata`ala memberi penghormatan yang teristimewa dengan berfirman “ Hai hambaKu, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga Salsabila, serta minumlah air dari telaga Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kauthar”.

30. Esok 1 Syawal, disunatkan berjaga malam, beribadat, bertakbir “Allahu Akbar” sepanjang malam, akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, dan mendapat rahmat Allah”.

Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya (Aidilfitri & AidilAdha) dengan ibadat dan takbir, tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.

No comments: