12/8 - Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
13/8- Nisfu Syaaban adalah pada 17/08/08. Malam Nisfu Syaaban adalah Malam Dimustajabkan Doa, Malam Pembahagian Takdir, Malam Rahmat, Malam Berkat..
13/8- Malam Nisfu Syaban adalah Malam Pengampunan (Taubat), Malam Penebusan, Malam Syafaat, Malam Penulisan, Malam Keagungan dan Kemuliaan..
14/8 – Malam Nisfu Syaaban adalah Malam Rezeki, Malam Hari Raya Para Malaikat dan Malam Penghidupan.
15/8 – Amalan Nisfu Syaaban; selepas solat maghrib di malam Nisfu Syaaban, solat sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat, rakaat 1 : Al-Fatihah & surah Al-Qadar, rakaat 2 : Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x.
15/8 – Bacalah surah Al-Ikhlas 1000x sepanjang Nisfu Syaaban dan berpuasalah pada siangnya.
16/8 - Bacalah Yasin 3x selepas solat Maghrib malam 15 Sya'aban. Selepas Yasin per-1: mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah..
16/8 - Selepas Yasin ke-2: mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.. Selepas Yasin ke-3: mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman..
16/8 – Kemudian berdoalah memohon segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x.
17/8 - Hari nisfu sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun di angkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
17/8 - Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku amalan yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib pada malam Nisfu syaaban.
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment